Ahlan Wasahlan Di Ahnaf Blog

Remaja


Wahai remaja Islam, berfikirlah besar

image
“Kesibukan kita adalah apa yang kita ‘agenda’kan”. Kata-kata yang sering singgah di telinga kita apabila bersama dengan ikhwah yang sangat kasihkan saudaranya. Firman Allah s.w.t:
(إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ) [Surat Al-Asr : 3]
ِ
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Gelombang Islam dan tarbiyah makin pesat dan pantas tersebar luas dalam kalangan masyarakat kini terutama golongan remaja. Remaja sudah bosan dengan hedonisme yang melampau, masa yang dibuang tanpa tujuan kerana semua perkara ini tidak dapat memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang fitrahnya punya semangat yang tinggi lagi membara.
(الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) [Surat Ar-Rad : 28]
ُ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
Wahai remaja Islam, sesungguhnya ini adalah satu permulaan yang baik dan sinaran yang cerah untuk Islam. Wahai remaja Islam, perlu untuk kita sentiasa kehadapan dan melihat satu tujuan yang lebih jelas dan agung. Menjadikan minat dan lari dari kebosanan jahiliyah adalah tanda hidayah Allah s.w.t itu hinggap pada diri kita dan perlu dimanfaatkan sepantas mungkin. Dan sudah tiba masanya untuk kita meletakkan tujuan yang lebih agung. Bukan sekadar seronok dengan tarbiyah islamiyah tetapi mencapai redha Allah yang maha esa. Kita bukan sekadar ingin menjadi manusia yang baik bahkan bercita-cita menjadi hamba Allah yang dicintai-Nya. Mencari kebenaran yang hakiki, menjamin kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Ikhwah dan akhawat sekalian,
Ganjaran Allah itu tinggi dan mahal harganya. Sudah tentu bayaran yang tinggi harus dikorbankan oleh remaja Islam. Dan pendapat sayasabar itu merupakan pengorbanan yang paling penting untuk dimulakan. Bersabarlah, sesungguhnya jalan ini panjang tetapi menjanjikan ganjaran yang sangat lumayan.
(إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ) [Surat At-Tawba : 111]
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.
readmore »»  

Tidak ada komentar: